Kami menjalankan Kursus Sijil Persediaan bagi mereka yang berminat dalam kerjaya di industri di mana komunikasi dan penjagaan pelanggan adalah kemahiran penting untuk dimiliki, terutama industri Penerbangan, serta industri yang berkaitan dengan Pelancongan, Perhotelan dan Perkhidmatan Pelanggan. Program kami berdurasi 3-4 bulan dan juga merangkumi ujian Kemahiran Bahasa Inggeris Antarabangsa, TOEIC (Test Of English For International Communication / Ujian Bahasa Inggeris untuk Komunikasi Antarabangsa).